Samsung Mobile Dilaporkan Akan Membentuk Pasukan Pembangunan Cip Sendiri

Samsung akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 sepenuhnya pada siri Galaxy S23. Tindakan diambil selepas cip Exynos 2200 tahun lalu memberikan pelbagai isu dan tidak mempunyai prestasi yang setanding dengan cip Snapdragon. Kemudian Samsung Mobile mengatakan mereka akan mula membangunkan cip Exynos yang direka khusus untuk peranti Galaxy buat pertama kali.

Menurut laporan The Elec, bagi membolehkan cip ini Samsung Mobile akan membentukkan pasukan pembangunan cip sendiri. Dengan pasukan dari dalam, permintaan dan keperluan Samsung Mobile untuk cip Exynos kendiri boleh dilakukan dengan lebih efisien. Pasukan ini akan diketuai oleh Choi Won-joon yang sebelum ini bekerja di Qualcomm.

Tanpa pesanan cip Exynos yang tinggi untuk peranti Galaxy serta pengeluar lain tidak menggunakan faundri Samsung, syarikat mencatatkan keuntungan yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Cip Exynos dapat mengurangkan kos kepada Samsung Mobile dan lebih penting lagi meletakkan mereka setanding Apple yang membangunkan cip sendiri mengikut spesifikasi khusus. Dalam laporan sebelum ini, cip Exynos generasi baharu khusus untuk Galaxy dijangka akan dilancarkan pada tahun 2025.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button