Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaSara dan Wawa maskot baharu Pelancongan Sarawak

Sara dan Wawa maskot baharu Pelancongan Sarawak

KUCHING, 7 Jun (Bernama) — Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) hari ini melancarkan ‘Sara dan Wawa’ sebagai dua watak maskot realiti tambahan (AR) terbaru untuk mempromosikan produk pelancongan negeri itu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedua-dua maskot AR itu dibangunkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Sara merupakan Orang Ulu berpakaian tradisional dan Wawa pula seekor burung kenyalang.

“Mereka akan diletakkan di lokasi strategik dengan perhubungan internet bagi menyediakan maklumat kepada pengunjung berkenaan pengalaman pelancongan yang menyeronokkan dan inovatif di Sarawak,” katanya semasa melancarkan kedua-dua maskot berkenaan di sini.

Acara pelancaran itu dijalankan serentak dengan Hari Penghargaan Penaja untuk acara Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF 2020) dan Festival Jazz Borneo.

Katanya RWMF 2022 akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak di sini dari 17 hingga 19 Jun, sementara Festival Jazz Borneo pula akan berlangsung di Coco Cabana Miri dari 24 hingga 26 Jun.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular