info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

SC Jamin Ambil Langkah Adil Dan Teratur

49views

KUALA LUMPUR, 12 Okt  — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini berkata bahawa ia sentiasa memantau aktiviti pasaran modal dalam memastikan langkah yang adil dan teratur keadilan diambil dalam bursa saham.

SC berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan Bernama berkaitan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kebimbangannya terhadap tuntutan yang mengaitkan dagangan dan keuntungan yang luar biasa baru-baru ini atas dasar bahawa kaunter itu ada kaitan dengannya.

“SC sentiasa memantau aktiviti pasaran dan akan terus melakukannya. Kami seperti kelaziman, akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur,” kata SC.

Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepentingan kewangan dalam saham yang diperdagangkan secara aktif dan dikaitkan dengannya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelabur untuk melabur dengan teliti dan tidak melabur berdasarkan kepada khabar angin. Ini adalah gambaran yang tidak baik terhadap keadaan ekonomi kita bahawa khabar angin seperti itu dapat menggerakkan pasaran.

“Sehubungan itu, saya menggalakkan supaya Bursa Malaysia dan SC untuk segera mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap individu yang memanipulasi pasaran menerusi penyebaran khabar angin berkaitan politik yang berniat jahat,” katanya.

SC adalah badan yang ditubuhkan pada 1 Mac, 1993 di bawah Akta Suruhjaya Sekuriti 1993, ia merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan terhadap pasaran modal di Malaysia.

Peranan utamanya adalah untuk mengatur dan memastikan pertumbuhan pasaran selalu sentiasa dijalankan dengan objektif bagi melindungi pelabur.

Misi SC adalah untuk mempromosikan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap, selamat dan telus, serta memudahkan pembangunan pasaran modal yang inovatif dan kompetitif.

Ini memiliki tanggungjawab langsung untuk membuat peraturan, menguatkuasakan peraturan berkaitan dengan pasaran modal, memastikan pertumbuhan dan pembangunan pasaran yang mampan, mengawasi kegiatan pasaran modal dan institusi pasaran termasuk bursa sahan, pusat pelangsaian bursa dan operator pasaran yang terdaftar.

Ini mengatur semua entiti dan individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

— BERNAMA

 

Source link