info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Segera Berubah Agar Jadi Bangsa Usahawan – Ahmad Maslan

71views

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar perlunya diajar di sekolah menengah subjek asas keusahawanan sebagai pendekatan mendedahkan ilmu usahawan kepada generasi muda dari bangku sekolah.

Ini kerana katanya, bangsa Melayu perlu segera berubah agar jadi bangsa usahawan dan fokus kepada penguasaan ekonomi.

“Kekayaan boleh bantu beri pekerjaan dan kehidupan. Pendekkan masa subjek lain dan tambah tentang niaga sejak tingakatn satu.

“Yang sudah ceburi PKS dan IKS kenal pasti yang berdaya saing. Bantu hingga boleh eksport. Latihan keusahawanan lipat gandakan oleh MARA, ISKEN dan lain-lain agensi.

“Orang Melayu mesti berada dalam senarai sebab 70 peratus daripada jumlah rakyat. Amat tidak adil kita tiada dalam senarai,” katanya sebagai maklum balas terhadap laporan 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 yang menyaksikan tiada bangsa Melayu tersenarai di dalamnya.

Dalam laporan yang dikeluarkan, Forbes berkata Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi, terus menggungguli senarai itu dengan kekayaan sebanyak US$12.2 bilion, sekali gus yang tertua dalam senarai itu pada usia 97 tahun.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong kekal berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak US$9.6 bilion.

Forbes berkata ekonomi Malaysia yang dilanda pandemik dengan penguncupan 5.6 peratus pada 2020, dijangka kembali ke landasan pada tahun ini. – UMNO Online

Source link