Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaSekurang-kurangnya 14 maut dalam insiden letupan di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 14 maut dalam insiden letupan di Afghanistan

KABUL, 26 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya 14 terbunuh manakala 32 lagi cedera dalam empat insiden letupan yang menggegarkan Kabul dan Mazar-i-Sharif pada Rabu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Di Kabul, sekurang-kurangnya lima jemaah terbunuh dan 17 lagi cedera selepas letupan menggegarkan sebuah masjid ketika solat maghrib di Kolola Pushta.

Kejadian berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat di Masjid Hazrat-e-Zekria, kata jurucakap polis, Khalid Zadran di Twitter.

Letupan berlaku kira-kira sejam selepas tiga letupan berturur-turut berlaku di Mazar-i-Sharif, meragut sembilan nyawa dan mencederakan 15 yang lain, kata jurucakap polis wilayah itu, Mohammad Asif Waziri.

Tiga bas menjadi sasaran dalam insiden itu.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular