Berita

Sekurang-Kurangnya Empat Penyokong Trump Maut Dalam Rusuhan

Gambar ihsan Berita Harian
97views

WASHINGTON : Dilaporkan sekurang-kurangnya empat penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump maut dan 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah dalam kejadian rusuhan keganasan di bangunan Capitol, Washington, semalam, lapor agensi berita Anadolu

Menurut Ketua Polis Washington D.C, Robert Contee, mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Seorang mangsa telah dikenalpasti iaitu, Ashli ​​Babbitt, veteran tentera dan pernah berkhidmat di Tentera Udara AS manakala mangsa yang lain belom diketahui identitinya

Menurut laporan akhbar tempatan, wanita yang maut dipercayai terkena tembakan dalam rusuhan keganasan tersebut semalam, merupakan penyokong tegar Presiden Donald Trump.

Menurut Contee, walaupun Polis Capitol, berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C. siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.

“Ini adalah kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa,” katanya.

Sekurang-kurangnya 52 orang telah ditahan dalam kejadian tersebut dimana 47 daripadanya ditahan kerana melanggar perintah berkurung.

Hasil siasatan, polis menemui sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik selain senjata api dan bom botol ditinggalkan di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol – Agensi

Disunting oleh Elyana Mohd Ahnuar