Berita

Semua Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 Terkorban

Gambar Ihsan Sinar Harian
103views

JAKARTA, 26 April — Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya berdasarkan visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang telah “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

— BERNAMA

Source link