Senat A.S Sebulat Suara Bersetuju Melarang TikTok Dipasang Pada Peranti Penjawat Awam

Senat Amerika Syarikat hari ini sebulat suara bersetuju untuk meluluskan undang-undang yang melarang pemasangan aplikasi TikTok pada peranti kerja penjawat awam. Menerusi rang undang-undang ini TikTok hanya boleh dipasang pada peranti milik peribadi sahaja atas alasan TikTok membawakan risiko sekuriti.

Perundangan itu masih diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden Biden sebelum menjadi undang-undang yang sah. Beberapa negeri dalam Amerika Syarikat telah mengharamkan pemasangan TikTok pada peranti kerja yang digunakan oleh penjawat awam. Undang-undang ini sekiranya diluluskan akan mengharamkannya di peringkat persekutuan.

TikTok sudahpun mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka tidak berkongsi data pengguna dengan kerajaan China. Data pengguna dari Amerika Syarikat telahpun dipindahkan ke pelayar milik Oracle di dalam negara. Walaupun didakwa boleh menjadi aplikasi intipan, Amerika Syarikat setakat ini tidak mengetengahkan bukti yang kukuh ini telahpun berlaku.

Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat bermula tiga tahun lalu di bawah pentadbiran Donald Trump. Sekatan teknologi dikenakan ke atas syarikat besar China seperti Huawei, ZTE dan DJI. Di bawah pentadbiran Joe Biden pula, halangan diperketatkan dengan penjualan teknologi cip dan mesin menghasilkan pula dikenakan. Hari ini ARM pula tidak akan menjual cip kepada Alibaba.

Pada waktu yang sama Akta CHIPS diluluskan tahun ini dengan Amerika Syarikat melabur untuk memindahkan pengeluaran cip ke dalam negara dengan faundri TSMC dan Samsung akan dibuka dalam masa beberapa tahun.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button