info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Rembau

103views

SEREMBAN, 10 Okt — Seorang maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris dan sebuah lori jenis Isuzu di kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian pada pukul 1.37 pagi itu,  mangsa yang maut adalah seorang wanita berumur 18 tahun yang juga penumpang di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki dan seorang lagi penumpang wanita, berumur 20 tahun dan 19 tahun cedera parah.

“Pemandu lori yang berumur 49 tahun bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu dan penumpang Toyota Yaris dalam perjalanan dari Ayer Keroh, Melaka ke Senawang, hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

“Akibat kemalangan wanita berkenaan yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Source link