Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaSepanyol sahkan 31 kes cacar monyet

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet

OVIEDO (Sepanyol), 23 Mei (Bernama) — Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan.

Selain Sepanyol, virus itu turut dikesan di beberapa negara di dunia.

Sepanyol kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan, menurut Agensi Anadolu.

 Menteri Kesihatan Enrique Ruiz Escudero pada Ahad berkata terdapat 30 kes disahkan dan 40 lagi dalam siasatan.

Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, beberapa orang yang disahkan positif virus itu mungkin sudah dijangkiti lebih awal – semasa perayaan Maspalomas Pride di Kepulauan Canary yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mei.

Kes itu turut dikesan sekurang-kurangnya di enam lagi wilayah lain.

Semua kes yang disahkan melibatkan lelaki, namun seorang wanita di wilayah Extramadura dilaporkan mengalami simptom yang sama dan kesnya masih disiasat.

Terdahulu, ketua ahli epidemiologi Sepanyol, Fernando Simon berkata penularan virus itu masih terkawal.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular