Berita

Sheikh al-Qaradawi Positif COVID-19

97views

DOHA, 18 Apr — Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, disahkan positif COVID-19 dan kini berada dalam keadaan baik serta menerima penjagaan sewajarnya.

Status Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Dalam hantaran di Twitter, pengikutnya dimohon mendoakan pemulihan dan kesejahteraannya.

“Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti coronavirus dan beliau kini dalam keadaan baik, syukur kepada Tuhan.

“Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya,” kata ciapan di Twitter.

Anaknya, Abdul-Rahman Yusuf Al-Qaradawi, turut mengesahkan berita itu di akaun Twitter dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah menerima vaksin COVID-19 sebelum ini.

Beliau juga meminta masyarakat mendoakan kesihatan ayahnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Al-Qaradawi, 94, berasal dari Mesir dan kini menetap di Qatar, juga adalah pengasas IslamOnline.net.

— AGENSI

Source Link