Shopee Akan Tingkatkan Caj Komisen Terhadap Para Penjual Bermula 10 Januari 2023

Shopee kini mengemaskini halaman untuk para penjual, menyatakan akan meningkatkan komisen terhadap para penjual bermula 10 Januari 2023 kelak.

Untuk makluman, sebelum ini, Shopee sedia mengenakan caj sebanyak 2% untuk semua barangan yang dijual melalui platform mereka. Bermula 10 Januari 2023 kelak, ia akan memperlihatkan peningkatan, mencapai antara 2.5% sehingga 4%, bergantung kepada jenis dan kategori barang jualan.

Melalui jadual yang disediakan, barangan elektronik akan dikenakan caj sebanyak 2.5% ke 4% caj komisen, barangan fesyen sebanyak 4%, barangan FMCG antara 3% ke 4%, dan barangan dibawah kategori gaya hidup antara 3.5% ke 4%.

Untuk makluman, caj ini adalah tanpa tambahan caj SST, dan ia lebih tinggi apabila disertakan bersama.

Caj ini akan dikenakan terhadap jualan barangan bermula 10 Januari 2023 kelak. Apa pun, bagi para penjual dengan kurang 100 barangan terjual tidak akan dikenakan caj, dan caj komisen ini tertakluk kepada penjual dengan lebih 100 barangan terjual sahaja.

Shopee mengatakan dengan peningkatan komisen ini, ia akan membolehkan mereka beroperasi dengan lebih efektif, termasuk dari segi khidmat pelanggan dan juga penambahan ciri baharu untuk para penjual.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button