info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, Vietnam Buat Persiapan Rapi

71views

HANOI, 10 Nov — Persediaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang lain sedang dilaksanakan secara komprehensif, kata pegawai  di Kementerian Keselamatan Awam Vietnam, Mejar Jeneral To An Xo.

Dalam wawancara dengan Agensi Berita Vietnam (VNA) baru-baru ini, Xo berkata pihak polis bekerjasama rapat dengan kementerian dan sektor lain merangka pelan serta cadangan bagi memastikan keselamatan serta program yang dirancang untuk Tahun ASEAN 2020 berjalan lancar.

Di samping itu, katanya puluhan ribu pegawai dan tentera telah dikerahkan untuk memastikan keselamatan di semua peringkat acara.

Kerja-kerja memastikan keselamatan dan kesihatan sudah disiapkan dengan teliti oleh Jawatankuasa Kecil untuk Keselamatan dan Kesihatan sejak awal tahun lagi, tambah beliau.

Kementerian Keselamatan Awam juga sudah mengarahkan unit keselamatan dan teknikal siber, terutamanya Polis Hanoi untuk melaksanakan semua arahan oleh Perdana Menteri Vietnam dan Jawatankuasa Kebangsaan 2020.

— BERNAMA

Source link