COVID19Dunia

Singapura Catat Lebih 1000 Kes Harian Covid-19

SINGAPURA, 9 Sept — Singapura semalam merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 1,000 selepas tiga hari berturut kes meningkat di republik itu.

Sebanyak 1,009 kes baharu dicatatkan semalam, tertinggi dalam tempoh 17 bulan apabila merekodkan 1,037 kes pada 23 April tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, satu lagi kematian direkodkan membabitkan lelaki berusia 90 tahun yang belum divaksinasi serta mempunyai sejarah penyakit kanser, jantung dan pneumonia.

Lelaki terbabit disahkan positif COVID-19 pada 17 September lalu selepas dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada hari sama berikutan mempunyai gejala.

Singapura kini mencatatkan 60 kes kematian akibat COVID-19.

Daripada 1,009 kes baharu itu, 926 kes adalah jangkitan dalam komuniti sementara 78 lagi membabitkan penghuni asrama selain terdapat lima kes import.

Ketika ini 863 kes sedang dirawat di hospital dengan 105 pesakit yang mempunyai penyakit klinikal memerlukan bantuan oksigen dan 18 lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah pesakit kritikal itu, 100 daripadanya adalah individu berusia lebih 60 tahun.

Sejak 28 hari lalu, kira-kira 89.1 peratus adalah kes jangkitan tempatan tanpa gejala atau bergejala ringan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berkata, beberapa hospital awam memperlihatkan peningkatan bilangan pesakit dengan gejala jangkitan pernafasan akut ringan (ARI) yang datang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.

“Oleh itu, mereka yang mempunyai gejala ringan disarankan tidak ke hospital tetapi sebaliknya, berjumpa dengan pengamal perubatan awam (GP) di klinik Swab and Send Home (SASH).

“Doktor SASH mampu menilai tahap serius gejala mereka dan melakukan ujian diagnostik COVID-19 apabila diperlukan untuk mengesahkan status pesakit,” katanya. – AGENSI

Source Link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button