info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Singapura Kaji Keselamatan Vaksin COVID-19 mRNA

35views

SINGAPURA, 1 Jun — Singapura sedang mengkaji data keselamatan tempatan dan antarabangsa mengenai vaksinasi individu yang mempunyai sejarah anafilaksis (alahan teruk) terhadap makanan dan ubat-ubatan lain, bertujuan membenarkan kumpulan ini menerima vaksin COVID-19 mRNA dengan selamat.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 berkata kajian itu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Berdasarkan data tempatan dan antarabangsa yang terkumpul itu, jawatankuasa mengesyorkan agar kelayakan perubatan untuk menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna dapat diperluas dengan selamat.

Jawatankuasa itu baru-baru ini mengesyorkan untuk memperluas penggunaan Pfizer-BioNTech dan Moderna kepada subkumpulan populasi yang sebelum ini tidak dibenarkan iaitu wanita hamil dan menyusukan bayi serta pesakit kanser sedang dalam rawatan.

Berdasarkan data antarabangsa diperakui itu, jawatankuasa juga telah menentukan mereka yang mempunyai sejarah berkaitan Severe Cutaneous Adverse Reactions (SCAR) selamat untuk divaksin.

Kumpulan ini sebelum ini menunjukkan gejala terhadap vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna COVID-19, dan perlu lebih berhati-hati, katanya.

SCAR merangkumi Stevens-Johnson Syndrome, Toxic Epidermal Necrolysis, Ruam Ubat dengan Eosinofilia dan Gejala Sistemik, Sindrom Hipersensitiviti disebabkan ubat.

Oleh Massita Ahmad

— BERNAMA

Source link