Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaSPRM buka kertas siasatan terhadap penerima wang disebut saksi UKSB

SPRM buka kertas siasatan terhadap penerima wang disebut saksi UKSB

PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan di bawah Akta SPRM 2009 terhadap penama-penama yang dikatakan telah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Menerusi kenyataan di sini hari ini, SPRM memaklumkan penama-penama berkenaan disebut saksi ketika perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.

“SPRM juga telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan,” menurut SPRM.

Dalam prosiding kes itu semalam, saksi memberitahu enam penama ahli politik iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi SPRM.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular