BeritaEkonomiNiaga

SSM Lancar Portal XCESS Tawar Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad 

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan portal XCESS yang menawarkan maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan penglibatan peribadi secara dalam talian di pautan xcesss.ssm4u.com.my.

Dalam kenyataan hari ini, SSM berkata portal XCESS dibangunkan bertujuan untuk melengkapkan penawaran maklumat yang tidak ditawarkan melalui portal pembekalan maklumat korporat SSM sedia ada iaitu SSM e-Info dan MyDATA-SSM.

“Maklumat PLT yang ditawarkan merangkumi maklumat profil dan sijil pendaftaran PLT. Maklumat penglibatan peribadi yang ditawarkan pula merangkumi maklumat penglibatan di bawah Akta Syarikat 2016 iaitu penglibatan sebagai pengarah, pemegang saham, setiausaha syarikat, juruaudit, dan pelikuidasi,” katanya.

Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, maklumat yang ditawarkan melibatkan maklumat pemilikan perniagaan manakala di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, maklumat yang ditawarkan merangkumi maklumat pekongsi dan pegawai pematuhan.

Melalui portal XCESS ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan PLT dan penglibatan peribadi dengan lebih mudah secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter SSM.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.ssm.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel enquiry@ssm.com.my.

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button