Berita

Subang Skypark cadang konsesi semula Lapangan Terbang Subang

117views

KUALA LUMPUR, 7 Mei  — WCT Holdings Bhd (WCT) mahu menjelaskan bahawa unit milik penuhnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) telah mencadangkan untuk konsesi semula dan bukan mengambilalih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang) seperti yang dilaporkan oleh beberapa organisasi media.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, WCT juga berkata ia akan mengendalikan lapangan terbang itu di bawah pajakan dan kerajaan akan terus memiliki tanah dan Lapangan Terbang Subang.

“Cadangan itu buat masa ini berada pada peringkat kertas konsep yang diserahkan SSSB kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 1 Mac lalu.

“Cadangan itu masih di peringkat awal,” katanya.

Menurut WCT, penyerahan kertas konsep kepada kementerian berkaitan adalah amalan biasa kerana syarikat itu sentiasa proaktif dalam mencari peluang perniagaan baharu.

— BERNAMA

Source link