info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
BeritaPolitik

Susulan Titah Agong, BN Adakan Pertemuan

31views

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Barisan Nasional (BN) hari ini mengadakan pertemuan dipercayai bagi membincangkan langkah seterusnya yang harus diambil oleh parti itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi mengesahkan pertemuan itu yang berlangsung di Menara Dato’ Onn di sini, bermula 1 tengah hari tadi.

Antara yang dilihat tiba, dipercayai bagi menghadiri mesyuarat itu, ialah beberapa menteri BN  iaitu Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yang sebelum itu menghadiri mesyuarat khas Jemaah Menteri di Putrajaya pagi tadi.

Turut kelihatan bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainal Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut) dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada MCA.

Source Link