Berita

Syarikat Pemula Niaga Boleh Mendaftar Bagi Program SAP Keempat Hari Ini

108views

SHAH ALAM, 14 Jun — Syarikat pemula niaga Malaysia kini boleh mendaftar bagi menyertai Selangor Accelerator Programme (SAP) keempat, yang memberi tumpuan terhadap peluang yang diwujudkan di bawah norma baharu seperti teknologi agro, teknologi kewangan, teknologi hijau, e-dagang dan penyelesaian bandar pintar (teknologi hartanah, mobiliti, logistik).

Dalam satu kenyataan hari ini, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) berkata SAP merupakan program tiga bulan berstruktur yang bermatlamat mempersiapkan 30 syarikat pemula niaga di peringkat awal untuk menjadi peniagaan yang bersedia menerima pelaburan.

“Pemenang pada tahun ini berpeluang memenangi hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM50,000,” katanya sambil menambah pendaftaran terbuka hingga 14 Julai, 2021.

Menurut SIDEC peserta akan dibimbing oleh mentor yang berpengalaman dalam komuniti, belajar menerusi bengkel yang menyeluruh dan memperoleh pendedahan berkaitan industri yang diperlukan.

Berikutan pandemik COVID-19, program berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya dalam talian dengan para peserta akan menerima papan pemuka mereka sendiri untuk semua kursus, webinar dan sesi bimbingan.

Program akan dimulakan pada 28 Julai hingga 5 Sept, 2021.

Mereka yang berminat boleh layari www.sidec.com.my/sap2021 untuk pendaftaran.

— BERNAMA

Source link