Berita

Tabung Muafakat Palestin Inisiatif Berterusan UMNO Bantu Rakyat Palestin – Ahmad Maslan

212views

KUALA LUMPUR, 22 Mei – UMNO melancarkan Tabung Muafakat Palestin sebagai inisiatif terkini dalam usaha membantu Palestin yang berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata nama muafakat dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli UMNO dan rakyat Malaysia untuk membantu permuafakatan perjuangan negara berkenaan.

“Tabung Muafakat Palestin bermula pada Jumaat 21 Mei 2021. Nombor akaun UMNO – Tabung Muafakat Palestin itu ialah 8604750523 (CIMB Islamic Account).

“Tabung Muafakat Palestin ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan kami bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Maslan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO bersetuju untuk tabung ini ditubuhkan.

“Presiden UMNO menyebut “Bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan permuafakatan rakyat Palestin”. Jika tidak banyak, maka berdermalah seberapa ikhlas yang anda mampu.

“Sebelum ini UMNO pada tahun 2019 sudah melancarkan tabung untuk dana aktivitinya termasuklah boleh digunakan bagi bantuan mangsa banjir, bencana, kini memerangi Covid-19 dan seumpamanya. Dana itu ialah UMNO – Tabung Perjuangan 8603257266 (CIMB Islamic Account). Terima kasih atas segala sumbangan anda,” ujarnya. – UMNO Online

Source link