Tanah runtuh: SAR ditangguhkan, bersambung 8 pagi Sabtu

BATANG KALI, 23 Dis (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, ditangguhkan 11 malam ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan kepada Bernama, walaupun cuaca baik, operasi ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan dan akan bersambung 8 pagi esok.

Tinjauan Bernama setakat 11 malam ini mendapati kebanyakan pasukan penyelamat telah beredar dari lokasi pencarian, begitu juga dengan pengamal media.

Operasi mencari mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki dijalankan oleh pasukan SAR seawal 8 pagi tadi dengan tumpuan pencarian difokuskan di kawasan sektor C (riverside).

Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban, manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terlibat.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button