
Telefon Pertama Redmi Dengan Kamera 200MP Akan Dilancarkan Awal Januari 2023
Redmi merupakan salah satu subjenama dibawah Xiaomi, dan memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan. Terbaru, pihak Redmi mengumumkan penjadualan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G.
Menariknya, telefon pintar ini akan menjadi telefon pintar pertama dibawah jenama Redmi yang hadir dengan kamera 200-megapixel untuk pasaran global.
Disamping itu, ia juga akan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.
Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi. Dengan perkongsian tarikh pelancaran ini, kita mungkin mendengar lanjut berkenaan apa yang bakal ditawarkan oleh Redmi dalam minggu-minggu akan datang.
Facebook Comments Box