Telegram Kini Membolehkan Anda Menetapkan Gambar Profil Untuk Senarai Rakan-Rakan Anda

Pada Telegram, ada kalanya rakan-rakan anda menggunakan gambar profil yang berbeza, dan membuatkan anda keliru dengan siapa yang anda sedang bersembang.

Kini, sekiranya anda tidak mengemari gambar profil yang digunakan rakan anda tersebut, anda boleh memilih untuk melakukan perubahan dan mengubah gambar profil mereka.

Gambar profil yang diubah tersebut hanya boleh dilihat oleh anda sahaja, dan bukannya untuk semua.

Disamping itu, anda juga turut boleh mencadangkan gambar profil yang lebih sesuai kepada rakan anda, sekaligus memudahkan rakan anda mengubah gambar profil mereka kepada yang lebih cantik dan terkini.

Kemaskini baharu ini ditawarkan bersama versi Telegram baharu minggu ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button