TENAA Menyenaraikan Samsung Galaxy S23 Ultra – Rekaan Sama Dan 200MP

Tidak semua peranti akan sesuai dengan kita dan tiada pun yang saya yakin boleh beri 100% penuh kepuasan. Spesifikasi jelas yang terkini untuk Samsung Galaxy S23 Ultra tertiris.

Di laman TENAA iaitu SIRIM untuk China model peranti yang dipercayai adalah untuk Galaxy S23 Ultra. Ia sudah disahkan yang tiada versi Exynos tahun ini, tetapi kesemua model Galaxy S23 Ultra akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Peranti dilihat menggunakan saiz 163.4×78.1×8.9(mm), skrin 6.8-inc 4440 x 3088-piksel, bateri 4855mAh, memori sehingga 12GB RAM, kamera mencapai 200+12+10+10 Megapixel serta ada lima kamera. S23 Ultra dikatakan boleh beroperasi 3.36Hz, dan sekali storan 1TB akan ditawarkan.

Berdasarkan rekaan yang pernah tertiris, S23 Ultra akan menggunakan nama sama lagi. S-Pun turut akan disokong, cuma apa yang tidak disahkan lagi adalah harga jualan. Pada saat ini juga peminat tegar mungkin tidak akan hiraukan apa-apa lagi hanya perlu tinggal dilancarkan.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button