info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
BeritaPolitik

Tengku Razaleigh Gesa Usul Tidak Percaya Dibahas

45views

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar beliau kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu.

Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

Tengku Razaleigh berpendapat Usul Tidak Percaya itu amat penting atas beberapa sebab antaranya kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan DYMM Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar kerajaan kepimpinan perdana menteri kini dapat mengesahkan kewajarannya di Dewan Rakyat.

“Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menerusi surat itu juga, veteran UMNO itu mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh perdana menteri namun menolaknya.

“Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan “Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen” sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

“Bahagian kecil (sub-section) ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud “penyogokan politik”,” katanya lagi.

Surat Tengku Razaleigh kepada Speaker Dewan Rakyat

Surat Tengku Razaleigh kepada Speaker Dewan Rakyat

Surat Tengku Razaleigh

Surat Tengku Razaleigh

Surat Tengku Razaleigh

Surat Tengku Razaleigh

Azhar kemudiannya pada 29 September membalas surat tersebut dan menerangkan bahawa dakwaan bahawa perdana menteri tidak membenarkan Usul Tidak Percaya dibahaskan dengan menyenaraikan di penghujung Aturan Urusan Mesyuarat adalah tidak benar.

Beliau menjelaskan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

“Oleh yang demikian, kesemua urusan Rang Undang-undang dan Usul Urusan-urusan Kerajaan telah didahulukan semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 mulai 13 Julai hingga 27 Ogos 2020,” katanya.

Jawapan Azhar kepada Ku Li

Jawapan Azhar kepada Ku Li

Jawapan Azhar kepada Ku Li

Jawapan Azhar kepada Ku Li

Azhar turut menyarankan agar Tengku Razaleigh berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan sekiranya beliau mahu usul-usul persendirian diberi keutamaan.

“Sepertimana dijelaskan, semua keputusan saya selaku Tuan Yang di-Pertua mengenai apa jua usul untuk diberikan keutamaan sepatutnya hendaklah dikemukakan dan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Mesyuarat,” katanya lagi.

Source Link