info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Thong Guan Industries Henti Pengembangan Kilang Pembuatan Kerana COVID-19

33views

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan Thong Guan Industries Bhd menghentikan perancangan kilang di Myanmar, demikian menurut CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

Firma pembrokeran itu berkata rancangan pengembangan syarikat juga telah diperlahankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

“Halangan yang terbesar adalah penutupan sempadan kerana Thong Guan Industries tidak dapat membawa jurutera untuk memasang mesin baharu bagi filem peregangan premium,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata ini disebabkan kerana beberapa jurutera kontrak Thong Guan Industries berpangkalan di Singapura.

“Kami percaya masalah itu dapat diselesaikan sebaik sahaja kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka semula tambak,” katanya.

Walaupun begitu, CGS-CIMB Securities berkata pihaknya yakin terhadap rancangan pengembangan syarikat Thong Guan Industries yang akan datang dapat meningkatkan permintaan untuk produk filem premium dan terbitan saham bonus dapat membantu melonjakkan kecairan di kaunter.

Source link