info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Tiada Pihak Ketiga Dilantik Urus Program Rekalibrasi

46views

KUALA LUMPUR, 14 Jan  — Orang ramai dinasihatkan agar tidak berurusan dengan pihak yang mendakwa sebagai ejen dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan untuk Program Rekalibrasi bagi pendaftaran pekerja asing di negara ini.

Perkhidmatan untuk program tersebut hanya diuruskan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dibuat secara terus di laman web www.imi.gov.my.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, sebarang pertanyaan berhubung program tersebut boleh didapati menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo.

Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin ini telah bermula pada 16 Nov 2020 .

Ia mengandungi dua komponen utama, iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta agensi kerajaan lain tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.

Program Rekalibrasi Pulang membenarkan pendatang tanpa izin pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, manakala Program Rekalibrasi Tenaga Kerja adalah program untuk membolehkan pendatang tanpa izin dijadikan pekerja asing yang sah di negara ini.