Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaTiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

Tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

Oleh Tuwaedaniya Meringing

PATTANI, 21 Jun (Bernama) — Tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Pattani Jeneral Pol Narin Busaman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam (waktu tempatan) pada Isnin, sebutir bom buatan sendiri seberat lebih 50 kilogram yang dipasang pada sebuah trak sampah diletupkan.

Beliau berkata trak sampah itu dilarikan dari pejabat Majlis Pentadbiran Mukim Langgar di Daerah Mayo, Pattani kira-kira sejam sebelum kejadian.

Beliau berkata bangunan yang terletak berdekatan tempat kejadian letupan termasuk kuarters polis dan pos kawalan mengalami kerosakan.

“Tiga anggota polis yang berada di kuarters dan pos kawalan keselamatan mengalami cedera ringan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah bahawa trak sampah itu musnah dalam kejadian itu.

Sementara itu, Narin berkata empat pekerja diikat tangan oleh beberapa individu bersenjata sebelum melarikan trak sampah itu.

Narin berkata setakat ini belum ada mana-mana kumpulan mengakui terlibat dengan insiden itu.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular