TikTok Menguji Paparan Video Mengiring

Dari awal lagi TikTok hanya menyokong paparan video menegak. Kerana populariti aplikasi ini, platform lain juga mula menyokong paparan video menegak secara natif. Tetapi kini mereka sedang melakukan ujian yang membenarkan video ditonton secara mengiring menurut laporan Techcrunch.

Dalam ujian yang diberikan kepada sejumlah kecil pengguna, butang empat segi untuk menonton video secara mengiring dipaparkan pada skrin. Apabila ditekan, video akan dipaparkan secara mengiring dan kelihatan lebih besar di skrin peranti. Pada waktu ini tiada maklumat sama ada ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna atau sekadar ujian jangka pendek.

Netflix beberapa tahun lalu pernah menguji membenarkan pengguna menonton video mereka pada peranti yang dipegang secara menegak pada peranti Android. Ujian ini dilakukan kurang seminggu dan sehingga kini ciri ini tidak diberikan pada aplikasi mereka.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button