info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
PerniagaanTeknologi

TNB Pasang 609,000 Meter Pintar

45views

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan kerja pemasangan meter pintar di Cheras, Kuala Lumpur, Shah Alam dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini.

Sehingga kini hampir 609,000 meter dipasang di Lembah Klang dan Melaka.

Pengarah Projek, Advanced Metering Infrastructure (AMI) TNB, Mohamed Ghous Ahmad berkata, memandangkan operasi TNB dibolehkan sepanjang PKPB, kerja itu diteruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit. Ia tertakluk kepada pematuhan rapi SOP seperti ditetapkan pihak berkuasa, termasuk berkaitan usaha membendung penularan wabak Covid 19,” katanya.

Source link