Berita

Tony Fernandes Jual Hartanah Di Scotland

86views

LONDON, 19 Nov — Bekas pengerusi Queens Park Rangers Tony Fernandes menjual hartanahnya di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu tinggal di Skeldon House di Dalrymple, Ayr selama tujuh tahun.

Tony, 56, sedia mengorbankan rumah agam di kawasan seluas 125 ekar itu bagi menyelamatkan empayar perniagaannya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Hartanah lima bilik itu dilengkapi bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Tony memiliki QPR untuk dua tempoh berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Source Link