Touch n Go eWallet Soundbox Diperkenal – Memberikan Notifikasi Audio Setiap Kali Terima Bayaran

Touch n Go eWallet kini memperkenalkan sebuah peranti audio pintar baharu, dinamakan sebagai Soundbox. Ia ditujukan kepada para penjual yang menggunakan kod QR Touch n Go, dimana ia akan memainkan notifikasi audio dan mengeluarkan bunyi setiap kali anda terima bayaran melalui akaun TNG anda.

Disamping memainkan bunyi, Soundbox juga turut akan memperlihatkan nilai yang diterima melalui skrin LED pada peranti berkenaan.

Dengan penawaran ini, ia memudahkan para penjual untuk mengetahui sebarang transaksi – terutamanya ketika dikedai tanpa perlu menyemak aplikasi secara manual.

Bagi para penjual yang berminat, boleh melakukan tempahan untuknya melalui panel Merchant Dashboard hari ini. Soundbox ini hadir dalam 2 edisi, iaitu berasaskan kad SIM atau menggunakan WiFi. Set dengan kad SIM dijual pada harga RM139.50, sementara dengan WiFi pula pada harga RM59.50. TNG menyediakan sekitar 500 unit dalam setiap edisi sahaja buat masa ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button