info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Trafik Data Malaysia Dijangka Berkembang 10 Peratus Setahun Sehingga 2025

82views

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Trafik data tempatan di Malaysia dijangka meningkat daripada lima kepada 10 peratus tahun ke tahun sehingga 2025.

Pengarah Jualan Serantau Park Place Technologies Xavier Surentherathas berkata, ini berdasarkan kepada unjuran bahawa pasaran pusat data Malaysia dijangka mencapai pendapatan melebihi US$800 juta (RM3.3 bilion) menjelang 2025.

“Unjuran pendapatan ini disokong oleh fakta bahawa hanya 80 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai akses ke internet.

“Bersama-sama dengan rancangan kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan di seluruh Malaysia, dengan projek seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), industri pusat data akan berkembang pesat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata secara global, profesional IT telah bersedia untuk 175 zettabytes yang mereka akan terima daripada “datasphere” global menjelang 2025.

“Dengan permintaan untuk perisian pengurusan dan aplikasi pusat data, penyimpanan IT, pelayan dan peralatan perangkaian yang kian meningkat, pasaran infrastruktur pusat data global kini berhadapan dengan pertumbuhan luar biasa,” kata beliau.

Source link