info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

Trump Mahu Undi Di Wisconsin Dikira Semula

22views

WASHINGTON, 5 Nov (Bernama) — Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan “segera” memohon supaya undi di Wisconsin dikira semula, kata pengurusnya Bill Stepien dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Agensi Sputnik.

Calon Demokrat Joe Biden di depan mengatasi Trump dengan 0.6 peratus selepas 99 peratus undi dikira, menurut CNN.

“Ada keraguan serius tentang kesahihan keputusan. Presiden mahu undi dikira semula dan kami akan melakukannya dengan segera,” kata Stepien.

Wisconsin memiliki sepuluh undi elektoral.

Di Wisconsin, calon presiden boleh meminta undi dikira semula jika marginnya kurang satu peratus.

— BERNAMA

Source link