Twitter Akan Mula Memadam Sejumlah 1.5 Bilion Akaun

Elon Musk kini menyatakan perkhidmatan sosial Twitter akan kelak memadam dan membuang sekitar 1.5 bilion akaun pada perkhidmatan tersebut.

Akaun-akaun yang akan dipadam tersebut adalah akaun yang tidak mempunyai sebarang tweet dan tidak log masuk untuk tempoh bertahun-tahun lamanya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan pengguna sedia ada untuk mendapatkan nama pengguna yang mereka gemari, ataupun untuk pengguna baharu mendapatkan nama pengguna mereka tanpa perlu memikirkan nama pengguna baharu.

Ia tidak diketahui lagi bilakah proses memadam ini akan dimulakan.

Twitter will soon start freeing the name space of 1.5 billion accounts— Elon Musk (@elonmusk) December 9, 2022

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button