Twitter Blue Kini Membolehkan Pengguna Muat-Naik Video Sehingga 60 Minit Lamanya

Twitter kini memperkenalkan sokongan perkongsian video pada durasi lebih lama khusus untuk pelanggan Twitter Blue, iaitu sepanjang sehingga 60 minit lamanya.

Melalui kemaskini baharu ini, ia meningkatkan keupayaan memuat-naik video daripada durasi 10 minit kepada 60 minit bagi pelanggan Twitter Blue. Video tersebut boleh dimuat-naik pada kadar resolusi 1080p melalui web, dengan had saiz 2GB.

Dengan fokus terhadap video ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kelak Twitter akan menawarkan ciri perkongsian pendapatan seperti disediakan YouTube kepada para penerbit kandungan, atau tidak.

Ia juga menjadi persoalan bagaimana Twitter akan mengekang pengguna memuat-naik video milik pengguna lain pada platform tersebut.

Buat masa ini, Twitter Blue masih belum diperkenalkan secara rasminya untuk pengguna di Malaysia.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button