Twitter Dijangka Meningkatkan Had Setiap Tweet Sehingga 4000 Aksara

Twitter pada awalnya dimulakan dengan had aksara sebanyak 140 disebabkan oleh had pada setiap SMS pada suatu ketika dahulu. Selepas beberapa tahun beroperasi, ia seterusnya dilanjutkan dan ditambah hadnya dengan sokongan untuk 280 aksara.

Dan kini, dibawah pentadbiran Elon Musk, Twitter sekali lagi dilihat akan meningkatkan had aksara, kepada sehingga 4000 aksara untuk setiap Tweet.

Ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diintegrasikan bersama Twitter Notes sebelum ini, atau ia akan diintegrasikan terus ke penggunaan utama Twitter.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan gembira dengan penggunaan Tweet yang panjang, atau lebih gemar dengan had 280 aksara?

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button