info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

UKM guna dialek tempatan didik masyarakat mengenai vaksin COVID-19

65views

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Penyampaian maklumat mengenai vaksin COVID-19 menggunakan dialek masyarakat tempatan dari seluruh negara seperti Jawa, Banjar dan Pantai Timur sudah tentu dapat meraih perhatian serta lebih dekat dengan penduduk setempat.

Menyedari hakikat itu, warga Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif mendidik orang ramai mengenai vaksin COVID-19 dan sains menerusi video di media sosial dengan penggunaan pelbagai dialek dalam usaha menggalakkan vaksinasi.

Dekan fakulti berkenaan, Prof Dr Ishak Ahmad berkata usaha itu dilaksana bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai dan mengurangkan kegusaran untuk mendapatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kita lihat kehadiran (untuk vaksinasi) sangat rendah, maka kita mengambil pendekatan untuk menggunakan dialek masyarakat setempat terutama masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai rumpun bahasa, jadi kita dekati mereka dengan bahasa yang mereka fahami.

“Buat masa ini, video dialek ini menampilkan pensyarah-pensyarah fakulti kerana mereka mempunyai kebolehan menyampaikan fakta berkenaan vaksin dengan lebih baik menggunakan ‘bahasa orang biasa’,” katanya kepada Bernama hari ini.

Video penyampaian maklumat mengenai vaksin menggunakan dialek tempatan itu boleh diakses menerusi Facebook Fakulti Sains dan Teknologi UKM di pautan https://www.facebook.com/watch/fstukmbangi/

Source link