Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaUkraine, EU selesai bincang perjanjian liberalisasi pengangkutan jalan raya

Ukraine, EU selesai bincang perjanjian liberalisasi pengangkutan jalan raya

KYIV, 15 Jun (Bernama) — Ukraine dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju dengan teks akhir perjanjian mengenai liberalisasi pengangkutan jalan raya, menurut Kementerian Infrastruktur Ukraine dalam satu kenyataan pada Selasa.

Perjanjian itu, yang akan ditandatangani pada akhir bulan ini, akan menambah baik dan mempercepat  logistik antara Ukraine dan EU, lapor Xinhua memetik kenyataan kementerian itu di Facebook.

Perjanjian itu secara khususnya menetapkan EU akan membatalkan kewajipan mendapatkan permit khas untuk syarikat pengangkutan Ukraine mengangkut barangan di EU.

“Ia amat penting pada masa ini selepas sekatan di pelabuhan laut, ekonomi Ukraine bergantung sepenuhnya kepada logistik yang stabil di sempadan barat,” kata Menteri Infrastruktur Ukraine, Oleksandr Kubrakov.

Ukraine dan EU memulakan rundingan mengenai liberalisasi pengangkutan jalan raya tahun lepas.

Selepas bermulanya konflik Rusia-Ukraine pada Februari, 12 negara EU telah membenarkan laluan bebas permit untuk pengangkutan darat barang Ukraine buat sementara waktu.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular