Berita

Uluru Australia Diikitiraf Sebagai Tiga Lokasi Perlancongan Terbaik Dunia

147views

CANBERRA, 8 Oktober  — Uluru yang letaknya di tengah-tengah Red Centre, Australia telah dinobatkan sebagai antara tiga tempat yang mesti dikunjungi di dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Panduan pelancongan antarabangsa Lonely Planet pada Khamis menerbitkan senarai 500 pengalaman perjalanan terbaik di dunia.

Taman Nasional Uluru-Kata Tjuta yang ikonik di wilayah utara Australia (NT) berada di tempat ketiga, naik dari tangga ke-33 pada 2019, di belakang Petra di Jordan dan Kepulauan Galapagos, Ecuador di Lautan Pasifik.

“Ada sesuatu yang menghantui untuk menyaksikan keindahan warna keemasan Uluru dan pemandangannya ketika matahari terbenam,” kata panduan tersebut itu.

“Berdiri dengan megah setinggi 348 meter dan terbentang hampir 4 kilometer (km), batu pasir itu bukan hanya tontonan yang mengagumkan dan tempat pelancongan yang popular, tetapi ia juga dianggap sebagai tempat suci.”

Natasha Fyles, Menteri Pelancongan dan Perhotelan NT, berkata pengiktirafan Uluru akan memberikan rangsangan yang besar buat wilayah itu apabila sempadan dibuka kembali.

Sehingga 2019, pengunjung ke Uluru dibenarkan memanjat batu tersebut yang kemudiannya dilarang dengan perintah pemilik tanah tradisional, masyarakat Anangu, yang mengangap ia sebagai tempat suci mereka.

–BERNAMA

Source link

Leave a Response