Berita

UMNO-PAS Retak Kerana Kerjasama Gelap UMNO-Anwar – Annuar Musa

58views

KUALA LUMPUR, 3 Apr — Hubungan UMNO dan PAS melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang diibaratkan sedang ‘retak menanti belah’ perlu diselamatkan segera, kata bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, masih belum terlambat untuk parti itu bangkit semula walaupun PAS menyatakan pendirian mengenai kesediaan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melalui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan PAS hari ini mengenai kedudukan MN sudah diduga. MN berkecai akibat pendirian beberapa kerat pemimpin tertinggi yang meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri.

“UMNO perlu dirawat dan segera mencari penawar dari diracun dari dalam oleh pimpinan sendiri. Nakhoda sendiri sedang menenggelamkan bahtera dilayari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, di sini, hari ini.