info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

UMS sedia saringan COVID-19 pandu lalu

97views

KOTA KINABALU, 24 Nov  — Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 secara pandu lalu kepada orang ramai.

Pengarah Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS, Dr. Muhammad Syafiq Abdullah, berkata perkhidmatan itu dibuka setiap hari di Pusat Rawatan Warga (PRW) yang terletak berhampiran dengan Pusat Sukan UMS.

“Orang ramai boleh datang membuat saringan antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari atau jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

“Saringan akan dibuat di lobi PRW dengan cepat, cermat dan selamat tanpa perlu turun dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Syafiq, bayaran sebanyak RM95 dikenakan bagi saringan menggunakan kaedah “rapid test”, manakala RM333 untuk kaedah ‘COVID-19 rt-PCR’.

“Semua pembayaran boleh dilakukan secara perbankan dalam talian. Resit juga dikeluarkan dalam talian. Ini bagi mengelakkan sebarang sentuhan sekali gus mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19.

“Untuk makluman, inisiatif ini dijalankan PRW dengan kerjasama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dan makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS,” katanya.

— BERNAMA

Source link