info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Vanuatu Lapor Kes COVID-19 Pertama

83views

SUVA, 11 Nov — Vanuatu pada Rabu melaporkan kes COVID-19 yang pertama membabitkan lelaki berusia 23 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lelaki berkenaan tiba di negara kepulauan itu pada 4 November dari Amerika Syarikat (AS), melalui Sydney dan Auckland.

Beliau tidak bergejala dan disahkan dijangkiti virus itu pada Selasa selepas menjalani saringan COVID-19 pada hari kelima di pusat kuarantin di ibu negara Vanuatu, Port Vila.

Perdana Menteri Bob Loughman berkata usaha mengesan kontak rapat lelaki berkenaan sedang dilakukan.

Pada Mac Vanuatu menutup sempadannya untuk mencegah COVID-19 menular ke negara kepulauan itu, tetapi baru-baru ini membenarkan penerbangan membawa balik rakyatnya dengan langkah pencegahan yang ketat.

— BERNAMA

Source link