info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Varian Baru COVID-19 Dikesan Di Jepun

48views

TOKYO, 11 Jan — Sejenis varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun.

Menurut kementerian kesihatan Jepun, varian baharu itu sama dengan mutasi yang dikesan di Britain dan Afrika Selatan.

Ia dikesan pada empat orang yang dijangkiti, yang tiba dari Brazil.

Kajian sedang dijalankan ke atas varian baharu itu untuk menjejaki penularannya, simptom dan daya tahannya kepada vaksin.

Ia berlaku tatkala Jepun cuba memerangi lonjakan kes COVID-19 dengan beberapa wilayah memohon untuk mengisytiharkan keadaan darurat seperti yang dikenakan di Tokyo.

Namun, Perdana Menteri, Yoshihide Suga, berkata kerajaan pusat mungkin mengambil ‘beberapa hari’ untuk mencapai keputusan sama ada untuk memperluaskan keadaan darurat.

Langkah itu akan memberi kuasa kepada Osaka, Kyoto dan Hyogo untuk melaksanakan sekatan lebih ketat.

Keadaan darurat di Tokyo, Kanagawa, Saitama dan Chiba memaksa restoran dan bar ditutup sebelum jam 8:00 malam.

Ia berkuatkuasa Jumaat lalu hingga akhir bulan ini, dan boleh dilanjutkan. – AGENSI

Source Link