info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
BeritaSukan

Verdon Bahanda Dilantik Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Club

109views

KOTA KINABALU, 14 Nov — Seorang ahli perniagaan yang juga aktivis orang asal Sabah Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Club Sdn Bhd berkuat kuasa 12 Nov lalu.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria dalam kenyataan di sini hari ini berkata Verdon memenuhi kriteria disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerajui bola sepak profesional itu.

Selain itu, SAFA juga melantik Presiden Keningau FA Rafie Robert sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden FAM Joehari Ayub sebagai Bendahari baharu, katanya.

Abdul Rahman berkata kedua-dua jawatan itu sebelum ini disandang oleh Andrew Majanggim dan Yap Wai Loon.

— BERNAMA

Source link