Berita

Video Papar Kru KRI Nanggala 402 Bernyanyi Lagu ‘Sampai Jumpa’

105views

BALI, 27 Apr — Sebuah video 22 saat meruntun perasaan yang memaparkan kru kapal selam Indonesia yang tenggelam menyanyi dengan gembira bersama kini tular di media sosial

Dalam video berkenaan, sembilan daripada 53 kru KRI Nanggala 402 dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’, sebuah lagu Indonesia dengan tajuk bermaksud ‘Selamat tinggal’.

Video berkenaan dikongsikan oleh penyanyi asal lagu itu, Erix Soekamti dalam laman Instagramnya pada awal pagi Ahad.

Komandan kapal selam, Heri Oktavian, adalah antara mereka yang berkumpul bersama kru yang memetik gitar akustik.

“Walaupun aku tidak bersedia merindukanmu, aku tidak bersedia untuk hidup tanpamu,” demikian nyanyian mereka.

“Saya doakan yang terbaik untuk anda.”

Jurucakap tentera Indonesia, Djawara Whimbo, memberitahu AFP, video itu dirakam sebagai tanda perpisahan buat komander kapal selam angkatan laut di mana penggantinya akan mengambil alih pada awal Mac.

Kapal selam buatan Jerman itu ialah satu daripada lima armada Indonesia yang hilang pada pagi Rabu lalu ketika dijadualkan melakukan latihan torpedo di Bali.

Tentera Indonesia Ahad lalu mengumumkan bahawa ia menemui serpihan kapal itu di dasar laut, kira-kira 800 meter di bawah permukaan dengan semua 53 kru disahkan terkorban. – AFP