info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

Warga Emas Dalam Perjalanan Ke Hospital Untuk Potong Gelang Merah Jambu Ditular

63views

ALOR GAJAH, 24 Jan — Polis hari ini menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata disebabkan itu, warga emas berumur 69 tahun terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah pada  kira-kira 9.54 pagi semalam, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan sehingga menerima pelbagai kecaman.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah diarah menjalani kuarantin di rumahnya di Pengkalan Balak bermula 13 Jan lepas hingga semalam dan stesen minyak Petron Masjid Tanah itu merupakan stesen minyak pertama yang dijumpai mangsa dalam perjalanan tersebut.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan  dalam perjalanan ke HAG bersama isteri dan anak perempuannya bagi memotong gelang merah jambu itu,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu hanya mengetahui gambarnya mengisi minyak tersebut tular hari ini selepas dimaklumkan oleh anaknya, sebelum dia membuat laporan polis pada kira-kira 1 tengah hari tadi bagi menjelaskan perkara sebenar selain meminta mereka yang berkenaan memadamkan gambar berkenaan.

Orang ramai juga diminta berhenti menularkan gambar tersebut.

Source link