BeritaNiagaSains dan TeknologiWebinar

Webinar Perniagaan Online

Bagaimana Memulakan Perniagaan Online

KUALA LUMPUR, 3 Sept  — Makmal Media Sosial Kebangsaan (MESO) akan mengadakan satu Webinar bagi membantu bakal usahawan memulakan perniagaan digital. Webinar tersebut akan diadakan pada 11 September 2021 (Sabtu) menerusi aplikasi Zoom pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang.

Webinar yang bertujuan untuk membantu mencetuskan peluang kepada usahawan dan bakal usahawan menceburi bidang perniagaan digital terutamanya berkaitan dengan pembinaan laman web dan aplikasi Android dan iOS.

Para peserta akan didedahkan dengan persediaan awal, perancangan dan perlaksanaan perancangan sebelum membina laman web atau aplikasi yang diimpikan, penceramah juga akan memperihalkan berkaitan harga dan bagaimana menjimatkan kos pembinaan aplikasi dari kos puluhan ribu kepada kos terendah. Webinar ini juga akan mendedahkan kos-kos perlu dan kos-kos tersembunyi sesatu aplikasi.

Peserta turut akan didedahkan mengenai pembinaan aplikasi tanpa menjual produk tapi mampu menjana pendapatan yang lumayan dan pelbagai peluang lain yang boleh direbut oleh usahawan tempatan.

Makmal Media Sosial Kebangsaan juga mengadakan Bengkel WebMaster Wordpress Untuk Perniagaan, Bengkel WebMaster Wordpress Untuk Portal Berita, Bengkel Grafik Untuk Pengiklanan Media Sosial (Photoshop) dan Bengkel Copy Writing Untuk Laman Web Perniagaan bagi membantu memberikan kemahiran kepada peserta yang berhasrat memulakan perniagaan dalam atas talian.

Program ini adalah percuma tetapi peserta boleh menderma ke menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 1417 4411 0001 6674 Makmal Media Sosial Kebangsaan bagi mengurangkan kos untuk mengadakan pelbagai kursus dan bengkel seterusnya.

Anda boleh mengisi borang di https://rakyat.my/pendaftaran-webinar/ untuk mendaftar.

Untuk Pertanyaan – Sila hubungi menerusi Whatsapp – 012-534 6706 Elyana

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button