WHO bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 di China

GENEVA, 22 Dis (Bernama) — Jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di China amat membimbangkan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menumpukan usaha memvaksin kumpulan yang berisiko.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada Rabu, WHO menyokong usaha vaksinasi yang dilaksanakan China, lapor Sputnik.

Beliau berkata untuk menjalankan penilaian risiko menyeluruh tentang situasi di China, pertubuhan ini memerlukan maklumat lebih terperinci mengenai tahap keseriusan penyakit itu dan bilangan kemasukan ke hospital.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 2,286 kes baharu dikesan sepanjang beberapa hari lalu dan secara keseluruhan, sehingga 16 Dis seramai 34,334 orang dijangkiti COVID-19.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button